Sunday, August 23, 2009

Pergi Tak Kembali
(Rabbani)
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
(Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana)
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
-chorus-
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
(Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana)
al-fatihah untuk ustaz asri ibrahim...
pastinya suara emas beliau akan sentiasa dirindui...
semoga Allah SWT menempatkan rohnya
dikalangan hamba-Nya yang soleh...
dan semoga kita mengambil iktibar dan pedoman
melalui bait-bait lagu ini...insya-Allah...
amin....ya Rabbal a'lamin...

Monday, June 8, 2009

Bumbung Stadium Runtuh Kerana BN Tidak Peduli Teguran PAS

Written by SM Noor
Monday, 08 June 2009 07:31

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menyifatkan tragedi runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2hb Jun lalu adalah disebabkan sikap angkuh dan tidak peduli pemimpin kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang enggan mengambil perhatian pandangan dan idea pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Tunggal, Dr Alias Razak merasa kesal dengan tragedi itu kerana katanya beliau sendiri pernah membangkitkan isu tahap keselamatan stadium berkenaan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Mei tahun lalu.

Beliau berkata PAS mempersoalkan perkara itu apabila melihat masih ada pekerja yang melaksanakan kerja-kerja di atas bumbung stadium itu pada saat-saat akhir, sehari sebelum majlis perasmian dilakukan.

Bagaimanapun katanya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahya Khatib Mohamad menjawab pertanyaan yang beliau kemukakan secara sambil lewa dan memberikan jaminan bahawa ia selamat digunakan.

“Selain melihat pekerja masih lagi bekerja pada saat-saat akhir, keadaan bumbung juga nampak ‘lendut’ (kurang kukuh) menyebabkan saya bertanyakan keadaan stadium ini kepada kerajaan pada sidang DUN tahun lalu,

“Stadium ini terletak di dalam kawasan (DUN) saya, jadi saya memang tahu keadaannya, namun kerajaan langsung tidak (ambil) peduli teguran saya,” katanya ketika diminta memberi respon atas kejadian yang dianggap memalukan Negara oleh Menteri Kerjaraya Dato’ Shaziman Abu Mansor.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu berkata kerajaan selalu mengambil mudah apa yang disuarakan pihak pembangkang di dalam sidang DUN, padahal ia adalah demi kepentingan bersama terutama untuk rakyat Terengganu.

“Bagaimana sekiranya ketika kejadian berlaku, ada aktiviti (sukan) dijalankan di dalam stadium itu,” soalnya.

Beliau turut memberi peringatan, tragedi malang itu juga akan menjadi pengajaran terbaik kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, agar pada masa akan datang tidak sekali-kali membuat kerja sambil lewa dalam mengejar nama dan kemasyhuran hingga memperjudikan nasib dan nyawa rakyat sendiri.

“Jika tidak sempat siap, kita kena terima hakikat, jangan paksa siapkan dengan ala kadar, tanpa sijil siap kerja dan tidak ada Sijil Layak Menduduki (CF), sebab risikonya tinggi, banyak nyawa akan terkorban nanti dan sekarang ia (satu contoh) sudah berlaku,” tegasnya

Selasa lalu, 2hb Jun, kira-kira jam 9.30 pagi, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak telah runtuh menyebabkan 60 peratus strukturnya musnah.

Stadium yang menjadi lokasi utama acara Sukan Malaysia (Sukma) telah dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei, 2008, dalam keadaan yang masih tidak sempurna.

Lebih mengejutkan, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mendedahkan bahawa beliau sedar masalah bumbung itu sebelum majlis perasmian tersebut.

Tindakan Ahmad seolah-olah sengaja meletakkan Sultan Mizan terdedah dalam bahaya dengan meneruskan majlis perasmiannya.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin mempunyai kapisiti 50,000 orang dan dianggap sebagai stadium yang terbesar dan tercanggih di Pantai Timur.

http://www.buletinonline.net

Sah ! Ada Musang berbulu ayam didalam PAS

Monday, June 8, 2009

Sah ! Ada Musang berbulu ayam didalam PAS

Ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak. Baca lagi di sini

Beliau tidak pernah menceritakan hal tersebut sebelum ini. Namun begitu, beliau tetap enggan mendedahkan siapakah pemimpin PAS yang dimaksudkannya itu. Ini menyebabkan spekulasi lebih tertumpu kepada pimpinan tertinggi parti. Tentunya ia bukan calang-calang pemimpin.

Walaupun pendedahan tersebut tidak menyebutkan nama , namun ramai yang dapat mengagak atau menghidu baunya .Ternyata kenyataan Ust Ahmad Awang itu, salah seorang tokoh ulama dalam PAS , mengesah dan menguatkan lagi tentang adanya konspirasi yang mahu membawa PAS untuk bersama Umno.

Walaupun penafian pernah dibuat tentang ura-ura membawa PAS untuk bersama Umno, kenyataan yang datangnya daripada seorang tokoh ulama seperti Ust Ahmad Awang ini tentunya tidak boleh kita berlepas pandang begitu sahaja.

Adakah lantaran adanya gejala musang bebubulu ayam ini menyebabkan Ahmad Awang menarik diri dan melepaskan semua jawatan parti termasuk di peringkat negeri?

Mungkin langkah yang diambilnya itu sebagai tanda protes.Namun itu bukan langkah seorang pejuang.Ahmad Awang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang kental dalam perjuangannya.

Kita memerlukan seorang seperti Ahmad Awang , seorang tokoh ulama untuk sama-sama memantau parti kita daripada kerakusan Musang yang berbulu ayam itu. Kita berharap Ahmad Awang tidak takut atau segan silu untuk berhadapan dengan Musang tersebut.

http://alhusseyn51.blogspot.com

Nik Aziz: K'jaan perpaduan 'mengarut'

Muda Mohd Noor | Jun 7, 09 2:10pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang diilhamkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut".

"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.

"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut," katanya ketika berucap dalam program ceramah perdana bersempena muktamar PAS di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seorang wakil Hamas, Palestin turut berucap di program yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

Abdul Hadi semasa ucapan dasarnya menyentuh mengenai kesediaan berdialog dengan Umno dan menegaskan keperluan kerajaan perpaduan walaupun agenda itu dibantah dan tidak diterima oleh banyak kalangan dalam PAS.

Nik Aziz berkata, individu dan kerajaan lain tidak kenal Umno sama seperti kerajaan Kelantan.

"(Bagi) otak Umno, di Perak, kerajaan Pakatan Rakyat yang menang dia ambil menjadi kerajaan dia.

"(Jadi) kita perlu matikan Umno habis-habisan," katanya lagi.

Telur-telur penjajah

Umno adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, tambah Nik Aziz.

Beliau juga mendakwa ada menteri persekutuan yang mengarahkan kakitangan kementeriannya di Kelantan supaya tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

"Inilah (slogan) satu Malaysia kerajaan (Datuk Seri Najib Razak) sekarang ini," katanya.

Nik Aziz juga berkata, perwakilan muktamar PAS tidak bercakap mengenai ucapan dasar presiden tetapi bercakap perkara lain.

Katanya, beliau sempat mendengar dua atau tiga perwakilan yang membahaskan ucapan dasar presiden semalam.

"Ini restoran, kalau kita masuk restoran kita minta makanan, kita minta minuman.

"Tetapi kita minta minyak silinder, kita hendak betulkan tayar motokar. Ini pelik," katanya.

"Orang ketawakan kita apabila kita bercakap benda lain di dalam muktamar (PAS)."

http://www.malaysiakini.com/news/105985

Muktamar PAS ke-55: Keputusan Pemilihan

Keputusan penuh pemilihan PAS sesi 2009/2011:

Presiden:

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden:

Nasharudin Mat Isa (480)
Datuk Husam Musa (281)
Mohamad Sabu (261)

Naib Presiden:

1) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (871)
2) Salahuddin Ayub (824)
3) Datuk Mahfuz Omar (636)
Datuk Nik Amar Nik Abdullah (333)
Dr. Mujahid Yusof Rawa (277)


Ahli Jawatankuasa Kerja :

1) Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman (584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (536)
15) Ustaz Hashim Jasin (522)
16) Mazlan Aliman (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa (488)

Wednesday, May 20, 2009

PAS lancar dana bina kompleks RM27 juta di Putrajaya

PAS lancar dana bina kompleks RM27 juta di Putrajaya


PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.