Wednesday, May 20, 2009

PAS lancar dana bina kompleks RM27 juta di Putrajaya

PAS lancar dana bina kompleks RM27 juta di Putrajaya


PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Sunday, May 17, 2009

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS

Harakahdaily
Sat May 16, 09 12:33:25 pm MYT

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang.

PENGERUSI TETAP

1. Abu Kassim Abdullah
2. Hussain Ismail

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Hussain Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir Masduki
4. Nasaruddin Daud
5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Abdullah

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN

1. Azizan Abdul Razak
2. Haron Din
3. Husam Musa (Kelate)
4. Mohamad Sabu (Penang)
5. Nasharuddin Mat Isa

NAIB PRESIDEN

1. Ahmad Awang (Perak)
2. Azizan Abd Razak (Kedah)
3. Mohamad Sabu (Penang)

4. Harun Taib
5. Hassan Mohd Ali
6. Husam Musa
7. Idris Ahmad
8. Kamaruddin Jaffar
9. Mahfuz Omar
10. Mohd Amar Abdullah
11. Mujahid Yusuf Rawa
12. Nasharuddin Mat Isa
13. Nizar Jamaluddin (Perak)
14. Salahuddin Ayob
15. Taib Azamuddin Md Taib
16. Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)

http://www.harakahdaily.net/

Pilihan saya yg ber'font' merah. Tok Guru Hj Hadi menang tanpa bertanding utk jawatan Presiden. Harap2 lepas ni dah takdelah isu nak muqabalah/berbincang dgn UMNO mcm yg ditegaskan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Datuk Husam Musa atau Mat Sabu diharap menang jawaan Timb Presiden. So arahtuju PAS akan diharap lebih clear lepas ni. Antara 5 org utk Naib Presiden, harap 3 daripadanya akan menang. Insya-Allah. :)

Assalamualaikum WarahmatuLlah & Salam Sejahtera

Assalamualaikum WarahmatuLlah & Salam Sejahtera,

Inilah posting pertama saya dalam dunia blog. Tadok (takde) idea lagi nak tulis mende (apa). Kekgi (nanti) bila ada idea boleh lah start posting mende2 (apa2). Terima kasih.

Wassalam...